Unlimited Powerpoint templates, graphics, videos & courses! Unlimited asset downloads! From $16.50/m
Advertisement
  1. Business
  2. Keynote
Business

Cara Menambah Presenter Notes di Keynote dalam 60 Saat

by
Difficulty:BeginnerLength:ShortLanguages:
This post is part of a series called How to Use Keynote in 60 Seconds (Quick Video Tutorials).
How to Use Keynote Presenter Display View in 60 Seconds
How to Make Hyperlinks in Keynote (In 60 Seconds)

Malay (Melayu) translation by Muhammad Nabil (you can also view the original English article)

Dalam masa terdekat Anda akan memberi persembahan yang besar. Daripada mencatat note card atau mencetak speaking note anda, anda boleh menggunakan feature Keynote iaitu presenter notes untuk menyimpan isyarat yang terlihat di dalam persembahan itu. Dalam tutorial ini, pelajari cara untuk menambah presenter notes di Keynote. 

Selain itu, sebelum anda lanjut ke tutorial ringkas ini, pastikan anda mengambil salinan eBook percuma kami: Panduan Lengkap untuk Membuat Persembahan yang Cemerlang. eBook ini akan membantu anda menguasai proses persembahan, dari: idea awal, tulisan, reka bentuk, dan memberikan kesan.

Guide to Making Great Presentations

Nota: Dalam tutorial ini, kami menggunakan theme Kalium Business Presentation. Anda boleh mendapatkan template Keynote Presentation yang hebat di GraphicRiver atau dari Envato Elements.

Cara Menambah Presenter Note di Keynote dengan Cepat 

Tonton screencast tutorial pendek ini atau ikuti langkah-langkah tutorial cepat yang mengiringi video ini.


1. Tukar kepada Presenter Note View & Tambah Note

Mari tambahkan presenter note dengan pergi ke menu View dan memilih pilihan Show Presenter Notes.

Show presenter notes option
Tambah presenter dengan memilih View > Show Presenter Notes.

Ini membuka panel Presenter Notes seperti yang ditunjukkan di bawah.

Presenter Notes panel
Taipkan nota anda ke dalam panel Presenter Notes di bahagian bawah slaid.

Kemudian taipkan nota yang anda mahu tambah pada slaid ini. Anda boleh menambah nota pada setiap slaid yang ada. Jadi, pastikan anda menambahnya ke tiap dan setiap slaid Keynote yang anda mahu sebagai reminder.

2. Tambah Lebih Banyak Presenter Notes

Sekiranya anda maju ke slaid lain, anda boleh menambah lebih banyak presenter note dan menambahkannya ke slaid tambahan. 

Setelah panel Presenter Notes dibuka, pilih slaid yang berbeza untuk menambah presenter note kepadanya.

Secara peribadi, saya suka menggunakan ini untuk menambah isyarat saat bercakap dan butiran penting mengenai penekanan dalam persembahan saya. 

3. Mencetak Slide Notes

Untuk mencetak slide note dengan persembahan anda, teruskan dan buka menu print dengan Command + P.

Print menut
Gunakan menu Print untuk mencetak salinan persembahan anda.

Pilih handout anda. Pastikan anda menghidupkan presenter notes yang ada supaya mereka akan mencetak dengan persembahan anda. Simpan note itu yang berdekatan untuk memastikan bahawa anda tetap ada isyarat. 

Anda juga boleh melihat speaker note ini pada skrin anda sendiri apabila anda masuk ke Presenter View, supaya tiada salinan dicetak diperlukan sama sekali.

Lebih Banyak Tutorial PowerPoint dan Sumber Template 

Sekiranya anda memerlukan lebih banyak tutorial Keynote dan sumber yang berguna lainnya, ikuti pautan berikut:

Ketahui Semua Tentang Cara Membuat Persembahan yang Cemerlang (eBook Percuma) 

Muat Turun eBook Panduan Lengkap untuk Membuat Persembahan Cemerlang sekarang secara PERCUMA dengan langganan Tuts+ Business Newsletter. Buatidea anda terbentuk menjadi persembahan yang powerful yang akan menggerakkan penonton anda!

Perfect presentation

Ketahui Lebih Banyak Pilihan Persembahan Keynote

Menambah speaker note dalam Keynote benar-benar dapat membantu persembahan anda berjalan lancar. Satu lagi cara untuk membantu persembahan anda berjalan dengan lancar adalah dengan menggunakan template persembahan profesional.

Anda boleh mencari pilihan persembahan profesional dalam 15+ Templat Persembahan Keynote Terbaik. Kami mempunyai pelbagai jenis Template Persembahan Keynote di GraphicRiver. Atau, lompat ke Envato Elements untuk mendapatkan akses kepada template persembahan tanpa had dan sumber grafis profesional. Buka potensi anda hari ini! 

Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Looking for something to help kick start your next project?
Envato Market has a range of items for sale to help get you started.