Unlimited Powerpoint templates, graphics, videos & courses! Unlimited asset downloads! From $16.50/m
Advertisement
  1. Business
  2. Microsoft Excel
Business

Cara Tambah Slicer ke Pivot Table dalam Excel dalam 60 Saat

by
Difficulty:BeginnerLength:ShortLanguages:
This post is part of a series called How to Use Excel - Quick Video Tutorials (in 60 Seconds).
How to Print With Gridlines in Excel in 60 Seconds
How to Freeze Panes and Rows in Excel in 60 Seconds

Malay (Melayu) translation by Zidan Al-Farizi (you can also view the original English article)

Dengan slicer menjadi mudah untuk menukar pandangan anda di dalam pivot table dengan menu yang boleh diklik. Dalam tutorial ini, pelajari cara cepat menambah slicer untuk pivot table dalam Excel untuk mengawal pandangan spreadsheet unik anda yang lebih baik.

Cara Tambah Slicer ke Excel Pivot Table (dengan Cepat)

Catatan: Lihat screencast tutorial pendek ini atau ikuti langkah-langkah cepat di bawah yang melengkapkan video ini:

1. Tambah Slicer Pertama Anda ke Pivot Table Excel Anda

Saya sedang bekerja di pivot table di sini dan saya akan menambah slicer pertama saya. Dengan pivot table yang dipilih, cari tab Analyze dan klik pada Insert Slicer. Menu yang muncul akan menunjukkan setiap lajur data dalam spreadsheet anda.

how to add insert a slicer in excel
Cara menambah slicer di Excel. Pertama pilih Insert Slicer.

2. Menapis Paparan Data Anda Berdasarkan Pilihan Anda

Mari kita semak kotak pada beberapa bidang untuk membuat slicer dari mereka. Saya akan tekan OK sekarang. Sekarang anda dapat melihat kotak-kotak sudah periksa ini dalam tingkap sendiri. Apabila saya mengklik salah satu pilihan dalam tetingkap ini, ia menapis data di dalam pivot table saya ke pemilihan saya.

Use Pivot Table Slicers to filter your selection
Gunakan Slicers Pivot Table Excel untuk menapis pilihan anda.

3. Tumpuk Slicer Anda untuk Lebih Mengecilkan Pandangan Anda Selanjutnya

Jadi jika saya mengklik hanya satu klien sebagai contoh, pivot table dikemas kini untuk dipadankan. Saya boleh terus memperbaiki pilihan saya dalam kotak lain dengan mengklik salah satu pilihan ini.

Slicer bertindih sehingga setiap kotak yang kami pilih mempersempit data selanjutnya. Saya juga boleh membuat pelbagai pilihan pada data saya dengan memegang kawalan pada papan kekunci dan mengklik pilihan lain di dalam tetingkap.

Customize your Excel Pivot Table Slicer selections
Sesuaikan pilihan Slicer Pivot Table Excel anda untuk pandangan lebih jelas mengenai data anda.

Penutup!

Perhatikan bahawa apabila kita melakukan ini, ia menambah kepada pemilihan data di dalam pivot table. Slicers pivot table adalah cara paling mudah untuk mengiris dan mendiskripsikan data anda dengan hanya beberapa klik

Lebih Banyak Tutorial Pivot Table Excel di Envato Tuts+

Pergi ke Panduan Master Pivot Table Excel kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bekerja dengan alat spreadsheet berkuasa ini, atau pergi langsung ke salah satu tutorial berguna ini:

Cari juga lebih banyak tutorial Excel hebat di Envato Tuts+ untuk membantu anda mengetahui cara untuk bekerja dengan spreadhsheet anda dengan lebih baik.

Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Looking for something to help kick start your next project?
Envato Market has a range of items for sale to help get you started.