Students Save 30%! Learn & create with unlimited courses & creative assets Students Save 30%! Save Now
Advertisement
  1. Business
  2. Microsoft PowerPoint
Business

Cara Compress Fail PPT Dalam 60 Saat

by
Difficulty:BeginnerLength:ShortLanguages:
This post is part of a series called How to Use PowerPoint in 60 Seconds (Quick Video Tutorials).
How to Put a Logo on Every PowerPoint Slide in 60 Seconds
How to Make a Mindmap on PowerPoint in 60 Seconds

Malay (Melayu) translation by Zidan Al-Farizi (you can also view the original English article)

Perkara yang tidak biasa untuk fail PowerPoint mempunyai saiz yang agak besar. Namun banyak pembekal email mempunyai had saiz fail untuk lampiran (attachment). Oleh kerana fail Microsoft PowerPoint sering dikongsi melalui email atau talian, anda mungkin perlu mengurangkan saiz (compress) fail tersebut supaya ia sesuai untuk lampiran.

Mari belajar cara untuk compress dan mengurangkan saiz fail PowerPoint.

Sebelum kita lanjut ke langkah langkah untuk tutorial ini, kami juga mempunyai sumber yang berguna untuk melengkapkan tutorial ini. Muat turun eBook PERCUMA kami: Panduan Lengkap untuk Membuat Persembahan yang Baik. Dapatkannya sekarang sebelum anda lanjut membaca.

 Free eBook PDF Download Make a Great Presentation

Catatan: Dalam tutorial ini kami menggunakan Template Iconic. Anda boleh mendapatkan template persembahan PPT yang hebat dari Envato Elements atau dalam Panduan Ultimate kami untuk Template Microsoft PowerPoint Terbaik.

Cara Compress Fail PowerPoint dengan Cepat

Catatan: Lihat screencast tutorial ringkas ini atau ikuti langkah-langkah cepat di bawah yang melengkapkan video ini.

1. Pilih Imej untuk Di-Compress

Langkah pertama adalah untuk mengklik mana-mana imej dalam persembahan anda yang anda mahu untuk dimampatkan.

Select PowerPoint Image
Pilih imej PPT yang hendak dimampatkan.

2. Cara Compress Imej di PowerPoint

Imej biasanya menambah yang paling berat kepada saiz fail PowerPoint. Mari lihat ke menu Picture Tools Format dan pilih Compress Pictures.

Use the default resolution
Menetapkan resolusi imej dalam PPT.

Saya akan meninggalkan dua kotak teratas yang disemak, dan kemudian pilih Use the default resolution, dan tekan OK. Ini akan mengurangkan resolusi imej dan ruang yang digunakan oleh mereka dalam fail persembahan tersebut.

3. Cara Mengubah Resolusi Default 

Sekarang kita akan pergi ke menu File > Save As dan pilih Save Options. Saya akan pergi ke pilihan Advanced, semak Discard editing data dan kemudian kami akan mengubah Default resolution ke resolusi yang lebih rendah untuk menyelamatkan ruang yang serius. Kini kami akan kembali dan menyimpan persembahan sebagai fail baru.

Changing the default resolution
Menjimatkan ruang dengan mengubah resolusi default dan buat persembahan PPT yang berasingan.

Cara ini mewujudkan fail persembahan PowerPoint berasingan yang akan menjimatkan ruang berbanding ruang asal dan lebih mudah untuk menghantar dan berkongsi.

Menutup!

Sekarang anda tahu cara untuk compress fail PowerPoint dan mengurangkan saiz fail. Ini akan membantu anda semasa anda berkongsi atau menghantar fail persembahan anda kepada orang lain.

Lebih Banyak Tutorial PowerPoint yang Bermanfaat di Envato Tuts+

Cari tutorial-tutorial PowerPoint yang komprehensif di Envato Tuts+ untuk membantu anda belajar menggunakan PowerPoint lebih baik. Kami juga mempunyai siri video quick-start PowerPoint dalam 60 saat untuk membantu anda menguasai PowerPoint dengan cepat.

Berikut adalah beberapa tutorial PowerPoint yang berguna untuk belajar sekarang:

Buat Persembahan yang Hebat (Muat turun eBook PDF Percuma)

Jika anda suka tutorial ini, anda perlu melihat sumber tambahan ini, yang akan membimbing anda melalui proses persembahan yang lengkap. Ketahui cara menulis, reka bentuk seperti pro, dan sediakannya untuk  memberi persembahan dengan powerful.

 Free eBook PDF Download Make a Great Presentation

Muat turun eBook kami yang baru: Panduan Lengkap untuk Membuat Persembahan yang Baik. eBook ini boleh didapati secara percuma dengan subscription ke Tuts+ Business Newsletter.

Advertisement
Advertisement
Looking for something to help kick start your next project?
Envato Market has a range of items for sale to help get you started.