Unlimited Powerpoint templates, graphics, videos & courses! Unlimited asset downloads! From $16.50/m
Advertisement
  1. Business
  2. Microsoft Excel
Business

Cara Masuk, Padam & Sembunyikan Sheet Baru di Excel dalam 60 Saat

by
Difficulty:BeginnerLength:ShortLanguages:
This post is part of a series called How to Use Excel - Quick Video Tutorials (in 60 Seconds).
How to Freeze Panes and Rows in Excel in 60 Seconds
How to Add Links to Excel in 60 Seconds

Malay (Melayu) translation by Zidan Al-Farizi (you can also view the original English article)

Bekerja dalam Microsoft Excel sering bermakna menguruskan berbilang spreadsheet dalam workbook anda. Anda boleh menambah lebih banyak sheets sebagai satu cara untuk memastikan data dipisahkan dan dibentangkan secara bersih. Dalam tutorial ini, kami juga akan berbincang cara untuk menyembunyikan (hide) dan memadam (delete) sheets Excel seperti yang diperlukan.

Cara Sisip, Padam, & Sembunyikan Sheets Excel dengan Cepat

Catatan: Lihat screencast tutorial ringkas ini atau ikuti langkah-langkah cepat di bawah yang melengkapkan video ini.

1. Cara untuk Masukkan Sheet Baru di Excel

Perkara pertama yang saya ingin tunjukkan ialah cara memasukkan sheet baru di Excel. Cara paling mudah untuk menambah sheet adalah dengan klik pada butang tambah di sini dan anda akan melihat bahawa tab baru ditambah.

Add a sheet in Excel
Menambah sheet baru di Excel itu cepat.

2. Cara untuk Padamkan Sheets di Excel

Saya boleh klik pada tab-tab yang ada untuk bertukar di antara mereka dan saya juga boleh klik dua kali pada tab untuk menamakan semula seperti yang anda lihat saya lakukan di sini. Sekiranya saya mempunyai sheet yang saya ingin betil-betul padam, saya boleh klik kanan padanya dan pilih delete. Excel meminta saya mengesahkan padaman itu dan saya akan meneruskannya.

How to Delete Sheets in Excel
Anda boleh padamkan sheets di excel dengan cepat.

3. Cara untuk Sembunyikan Sheets di Excel

Perkara terakhir yang saya ingin tunjukkan ialah cara menyembunyikan sheets. Katakan saya menghantar laporan setiap bulan kepada seseorang dengan semua data dan pengiraan saya di halaman belakang. Saya mahu orang yang melihatnya memberi tumpuan pada tab pertama, jadi saya akan menyembunyikan semua yang lain.

Untuk melakukan itu semua yang perlu saya lakukan ialah klik kanan dan pilih Hide. Untuk menyembunyikan sheet cukup klik kanan dan pilih Unhide dan pilih sheet dan tekan OK.

Hiding sheets in Excel
Hiding dan unhiding sheet di Excel itu mudah.

Menamatkan!

Bekerja dengan cekap di Microsoft Excel sering menghendaki anda menguruskan berbilang spreadsheet dalam workbook anda. Sangat berguna untuk mengetahui cara cepat menambah sheets, padamkan, dan menyembunyikan sheet seperti yang diperlukan.

Lebih Banyak Tutorial Excel pada Envato Tuts+

Melawat ke siri kami: Cara Membuat dan Menggunakan Formula Excel (Beginner Bootcamp). Temui juga lebih banyak tutorial Excel di Envato Tuts+ untuk membantu anda mempelajari cara untuk bekerja dengan formula dan data yang lebih baik dalam spreadhsheet anda. Berikut adalah beberapa tutorial video ringkas untuk diikuti:

Ingat: Setiap tool Microsoft Excel yang anda pelajari, dan alur kerja yang anda menguasai, spreadsheets yang lebih baik yang akan anda buat.

Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Looking for something to help kick start your next project?
Envato Market has a range of items for sale to help get you started.