Students Save 30%! Learn & create with unlimited courses & creative assets Students Save 30%! Save Now
Advertisement
  1. Business
  2. Microsoft PowerPoint
Business

Cara Kata Laluan Melindungi PPT PowerPoint dalam 60 saat

by
Difficulty:BeginnerLength:ShortLanguages:
This post is part of a series called How to Use PowerPoint in 60 Seconds (Quick Video Tutorials).
How to Add Text Drop Shadows in PowerPoint in 60 Seconds
How to Add PPT Border Designs to Slides in 60 Seconds

Malay (Melayu) translation by Muhammad Nabil (you can also view the original English article)

Kita semua harus memikirkan bagaimana data kita digunakan selepas kita tekan hantar. Dalam video 60 saat ini, saya akan mengajar anda cara menambah kata laluan untuk melindungi persembahan PowerPoint anda. Kata laluan membantu kita untuk memastikan data tidak diakses oleh pihak yang salah.

Kami juga mempunyai pelengkap yang berguna untuk tutorial ini. Download FREE eBook kami: Panduan Lengkap untuk Membuat Persembahan yang Hebat. Dapatkan sekarang sebelum anda lanjut membaca.

Free eBook on Making Great Presentations PDF

Cara Cepat Kata Laluan Melindungi Fail PowerPoint Anda

Catatan: Lihat screencast tutorial ringkas ini atau ikuti langkah-langkah ringkas di bawah ini, yang menjadi pelengkap video ini.

1. Kunci Persembahan PowerPoint Anda dengan Kata Laluan

Untuk bermula, mari melompat ke tab File, mari pastikan kita berada di tab Info, dan cari butang drop-down persembahan ini. Mari pilih, Encrypt with Password dan kemudian kami akan menambah kata laluan yang bagus dan kuat dan tekan OK.

Add a password to protect your PowerPoint presentation
Tambah kata laluan unik untuk melindungi dan mengunci persembahan PowerPoint anda.

2. Sekarang Kata Laluan Dibutuhkan untuk Membuka Fail Anda

Sekarang, kali seterusnya kita buka fail, kita akan mendapat amaran ini yang memerlukan kita memasukkan kata laluan itu. Tentu saja, tanpa kata laluan fail ini tidak boleh dibuka.

Password required to open a locked PowerPoint file
Kata laluan diperlukan untuk membuka fail PowerPoint yang terkunci.

3. Pilihan Fail PowerPoint: 'Mark as Final'

Terdapat satu pilihan lain yang saya ingin tunjukkan kepada anda, iaitu hanya Mark as Final. Kaedah ini tidak menambah kata laluan, tetapi ia memberi isyarat kepada pengguna bahawa ia tidak boleh diubah lagi.

Saya akan menambah pilihan itu dari menu Info juga, dan anda dapat melihat bahawa ini adalah amaran yang akan dilihat oleh penonton semasa bekerja dengan fail. Ini cara yang baik untuk tidak mengunci pengguna sepenuhnya dari fail PowerPoint, tetapi sebaliknya, biarkan mereka tahu bahawa fail telah dimuktamadkan dan tidak boleh diedit.

PowerPoint File Mark as Final Option
Mark as Final akan memberi amaran kepada pengguna sebelum membuat sebarang suntingan.

Kesimpulan!

Sebagai satu pilihan, pilihan ini akan membantu anda melindungi fail PowerPoint anda dan pastikan fail tersebut tidak diedit lagi.

Lebih Banyak Tutorial PowerPoint Envato Tuts+ 

Ketahui lebih lanjut dalam tutorial PowerPoint kami dan tutorial video ringkas pada Envato Tuts+. Kami mempunyai pelbagai bahan PowerPoint untuk membantu anda membuat persembahan yang hebat:

Buat Persembahan Hebat (Download Free PDF eBook)

Kami juga mempunyai pelengkap yang sempurna untuk tutorial ini, yang akan membimbing anda melalui proses persembahan yang lengkap. Ketahui cara menulis persembahan anda, reka bentuk seperti seorang pro, dan sediakannya untuk persembahan yang powerful.

Making Great Presentations eBook Free Download

Download e-book kami yang baru: Panduan Lengkap untuk Membuat Persembahan yang Hebat. Boleh didapati secara percuma dengan langganan Tuts+ Business Newsletter.

Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Looking for something to help kick start your next project?
Envato Market has a range of items for sale to help get you started.