Unlimited Powerpoint templates, graphics, videos & courses! Unlimited asset downloads! From $16.50/m
Advertisement
  1. Business
  2. Microsoft PowerPoint
Business

Cara Menyusun Susunan Animasi Di PowerPoint dalam 60 Saat

by
Difficulty:BeginnerLength:ShortLanguages:
This post is part of a series called How to Use PowerPoint in 60 Seconds (Quick Video Tutorials).
How to Add PPT Border Designs to Slides in 60 Seconds
How to Add a Screencast to PowerPoint in 60 Seconds

Malay (Melayu) translation by Muhammad Nabil (you can also view the original English article)

Animasi merupakan hal yang hebat untuk menambah sedikit kesan ke dalam sebuah persembahan. Dalam screencast ini, saya akan menunjukkan kepada anda cara untuk menetapkan susunan yang ditunjukkan oleh animasi PowerPoint anda dalam masa 60 saat sahaja.

Kami juga mempunyai pelengkap yang berguna untuk tutorial ini. Muat turun eBook PERCUMA kami: Panduan Lengkap untuk Membuat Persembahan Hebat. Dapatkan sekarang sebelum anda lanjut membaca. 

Making Great Presentations Free Guide Download

Nota: Dalam tutorial ini, kami menggunakan Template PowerPoint Simplicity. Anda boleh mendapatkan banyak template persembahan PPT yang hebat di GraphicRiver atau dalam Panduan Ultimate kami untuk Templat Microsoft PowerPoint yang Terbaik. Atau, semak imbas lebih banyak template animasi PowerPoint teratas:

Cara Cepat Menyusun Susunan Animasi PowerPoint

Nota: Lihat screencast tutorial ringkas ini atau ikuti langkah-langkah cepat di bawah ini, yang menjadi pelengkap video ini.

1. Susunan Animasi di PowerPoint

Katakan saya mempunyai slaid seperti ini, di mana saya telah menambahkan animasi ke beberapa item pada slaid ini, tetapi animasinya melakukan susunan yang salah. Anda boleh melihatnya dengan mengklik pada tab Animations di bahagian atas PowerPoint dan kemudian mengklik Preview.

Animasi akan dipratonton dan anda akan melihat mesej bahawa mereka akan berada di skrin. Anda juga dapat melihat bahawa setiap elemen pada slaid mempunyai bilangan kecil di sebelahnya yang menunjukkan susunan (order) yang mereka akan tunjukkan pada slaid.

PowerPoint animation sequence that is out of order
Anda perlu menyusun semula susunan animasi PPT ini.

2. Susun Semula Perintah Animasi dengan Animation Pane

Untuk menyusun semula animasi pada slaid anda, klik butang Pane Animation untuk membuka Animations Pane di sebelah kanan. Setiap item ini mewakili animasi pada slaid.

Untuk menyusun semula, yang anda perlu lakukan ialah drag and drop item yang ada ke susunan yang anda mahu. Pindahkan item-item dalam senarai ini untuk menyusun semula animasi PowerPoint ini.

Reorder sequence with animation Pane
Gunakan PPT Animation Pane untuk drag and drop susun susunan animasi anda.

3. Pratonton Susunan Animasi yang Baru

Pratonton susunan atau order yang baru, dengan menekan Preview pada bahagian ribbon.

Preview your adjusted animation sequence
Pratonton susunan animasi yang telah disesuaikan anda.

Menamatkan!

Anda boleh drag and drop sebanyak mungkin untuk mendapatkan susunan yang anda mahukan. Juga perhatikan angka-angka di sebelah objek, sekiranya anda keliru item mana yang sudah diberi animasi.

Mengubah susunan animasi anda dengan cepat bisa dilakukan, apabila anda tahu caranya.

Lebih banyak Tutorial PowerPoint di Envato Tuts+

Ketahui lebih lanjut dalam tutorial PowerPoint dan tutorial video ringkas kami di Envato Tuts+. Kami mempunyai pelbagai bahan PowerPoint untuk membantu anda bekerja lebih baik dengan imej dalam persembahan anda:

Buat Persembahan yang Hebat (Download eBook PDF Percuma)

Kami juga mempunyai pelengkap yang sempurna untuk tutorial ini, yang akan membimbing anda melalui proses persembahan yang lengkap. Ketahui cara menulis persembahan anda, reka bentuknya seperti pro, dan sediakannya untuk memberi persembahan dengan powerful.

Making Great Presentations eBook Free Download

Muat turun eBook kami yang baru: Panduan Lengkap untuk Membuat Persembahan yang Hebat. eBook ini boleh didapati secara percuma dengan subscription ke Tuts+ Business Newsletter.

Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Looking for something to help kick start your next project?
Envato Market has a range of items for sale to help get you started.